Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Tuesday, January 8, 2019

Naib Johan Pidato Kebangsaan

Anak Sekolah Kampung Naib Johan Pidato Peringkat Kebangsaan di Sungai Siput Perak pada 24-27 Oktober 2018

Siti Balqis Bt Abdul Ghafar mencatat satu sejarah untuk anak-anak sekolah ini apabila muncul Johan Pidato Bahasa Melayuperingkat Daerah Padang Terap dan Peringkat Negeri Kedah tahun 2018. kejayaan gemilang terus dikecapi, sejarah terus tercipta apabila turut dinobatkan sebagai Naib Johan Pidato Peringkat Kebangsaan pada 26 Oktober 2018 di Sungai Siput Perak..TAHNIAH kepada semua guru dan warga SK Nami. 










Read more...

KEBITARAAN BAHAS

Read more...

Monday, January 7, 2019

KEBITARAAN BOWLING 2018


TERIMA KASIH GURU BESAR SK NAMI

Ucapan terima kasih diucapkan kerana telah menyediakan kelengkapan bowling untuk memudahkan murid-murid menjalani latihan di sekolah.




Read more...

Pertandingan boling tenpin anjuran Badan Kebajikan Guru dan Staff

Pertandingan boling tenpin anjuran  Badan Kebajikan Guru dan Staff SK Nami pada 3 Ogos 2018 di Aman Bowl Alor Setar yang terdiri daripada pemain seluruh padang terap dan ahli Prestiger Bowler Group merupakan acara tahunan yang dijalankan. Acara yang dipertandingkan ialah Trio dan Individu. 

Terima Kasih diucapkan kepada Guru Besar SK Nami kerana telah memberi sokongan bagi menjayakan pertandingan tersebut. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Norhisham kerana membantu melancarkan penyampaian hadiah. Terima kasih juga kepada semua guru SK Nami yang terlibat secara langsung atau pun tidak.




































Read more...

Bowling 2018

Kejohanan boling tenpin 2018 peringkat Daerah Padang Terap (MSSD) 2018 yang berlangsung di Aman Bowl, Alor Setar Kedah.  Sekali lagi murid-murid telah mengharumkan nama Sekolah. Tahun ini merupakan tahun cemerlang sekolah kerana murid perempuan berjaya membawa pulang pingat Emas dan Perak. murid tersebut ialah:
  1. Nur Arisya Syazwani - Emas
  2. Inderiayana Khadijah- Perak
Selain itu, murid-murid lain membawa pulang sijil penyertaan dan berada dalam kedudukan top 10. Mereka terdiri daripada :

  1. Nurul Izzati - No 7  
  2. Muhammad Ibnil - No7
  3. Muahmmad Saiful Hakim - No 9
Murid-murid lain yang terlibat ialah Muahmmad Adam Radin, Muhammad Aaizam bin Sahidan dan Nur Farisya yang sekadar menduduki ranking bawahan.

Pada peringkat MSSK, 2 orang murid SK Nami telah membawa cabaran seterusnya, namun tidak berupaya menandingi peserta yang lebih hebat. Apa pun ucapan tahniah diucapkan kepada murid-murid ini kerana telah bersungguh-sungguh berusaha hingga keringat terakhir. Murid tersebut Ialah: 

  1. Nur Arisya Syazwani 
  2. Inderiayana Khadijah
Akhir sekali ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada guru yang terlibat dari awal hingga akhir iaitu:
  1. Cikgu Azmi bin Haron
  2. Cikgu Izham bin Hamzah
  3. Cikgu Sofian bin Osman











Read more...

Sepak Takraw 2018

    Sekolah Kebangsaan Nami telah berjaya melangkah ke akhir dalam acara Sepak Takraw Peringkat Daerah Padang Terap tahun 2018. Namun hanya berjaya menjadi naib johan. walau pun tewas di akhir tetapi berjaya dan menang di hati semua guru SK Nami. Juga dikatakan berjaya dan menang sebab telah mengalahkan pasukan yang lebih hebat. Tahniah diucapkan. Murid yang membawa kejayaan sekolah ini terdiri daripada:
  1. Muhammad Ibnu sebagai tekong
  2. Muhammad Saiful Hakim sebagai ait kanan
  3. Muhammad Hafiz sebagai apit kiri
  4. Muhammad Ibnil pemain simpanan
    2 orang murid SK Nami telah berjaya membawa nama sekolah ke peringkat negeri (MSSK) ialah:

  1. Muhammad Ibnu sebagai tekong
  2. Muhammad Saiful Hakim sebagai ait kanan
Tahniah sekali lagi ...











Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP